Monday, March 11, 2013

Aku, Ibu Dan Kekasihku...

Salam semua... Mungkin sejak kebelakangan ini tiada coretan memancing... tiada coretan umpan, joran, laut, kolam, sungai dan sebagainya... tetapi saya ingin berkongsi satu cerita. Satu cerita yang lucu dan sedih...
Ia berkait dengan bos saya dulu.... lama dah.... sekitar tahun 1999... kat Melaka. Pada masa itu, bos saya dan saya bertugas di satu syarikat di Teluk Mas... Ceritanya begini... Kawannya mengajak dia menajur di sungai di satu kawasan di Durian Tunggal. Dan pada masa tu saya ada... bos saya ajak saya sekali... saya pun setujulah, ibarat orang ngantuk disorongkan bantal...pucuk dicita ulam mendatang... dia kata tak payah bawak apa-apa...ikut sahaja.. lagi best..
Habis kerja, kami semua terus balik rumah, terus siap dan saya tunggu bos saya di rumah. Sampai je, kami terus ke kawasan target. Hari masih terang. Kawan bos saya ada bawa satu bekas yang penuh dengan anak ikan sepat. Saya tak tanya nak buat apa pasal diaorang dah pesan.... "tengok je".
Bos saya mula cari kayu disekitar tebing target.... banyaklah tu... Lepas tu, dia ikat tali "benang buat rumah".... alahhh benang yang warna coklat tulah....pada benang tu dah ada mata kail...besarlak tu... pastu, kawannya cangkuk anak ikan sepat pada bahagian belakangnya. Dan kayu yang dah jadi tajur tu dipacakkan sedalam-dalamnya ke tebing sungai. Ada 50 batang semuanya yang dia orang buat... sampai jam 10 malam baru siap proses tu... saya sentiasa berada di bahagian belakang mereka. Tolong apa yang patut...
 Dah siap semua, dia kata..."jom patah balik... kita tengok hasil"... Huhhh jauh tu... antara satu tajur, jaraknya dekat 10 meter, ada 50 tajur, maknanya kami terpaksa bergerak kebelakang sejauh 500 meter atau  1/2  km dalam gelap dan meredah semak dan rebe...
Tujuannya bukan apa... tengok kalau-kalau tajur dah mengene... Memang rezeki... masa patah balik je... kami dapat 15 ekor ikan baung yang besarnya 1.5kg ke 2kg seekor... uh best... Sampai check point mula-mula, saya sebagai pemikul ikan, terus masukkan ikan dalam bonet kereta...melompat-lompat ikan dalam kereta.
Lepas tu... terus patah balik ke check point last... dapat lagi 10 ekor... saya cukup teruja...masukkan ikan dalam kereta dan kami berehat dulu tepi kereta. Masatu pun dah jam 2 pagi... huhuhu.. Kami isap rokok dan bos saya mulalah bergurindam dan memberi nasihat... Bunyinya...

Aku mempunyai pasangan hidup... 
Saat senang aku cari pasanganku 👥
Saat sedih aku cari ibu 
Saat sukses  aku ceritakan 💬 pada pasanganku 👥
Saat gagal aku ceritakan 💬 pada ibu 
Saat bahagia  aku peluk erat pasanganku. 👥
Saat sedih  aku peluk erat ibu.
Saat sambut valentine  selalu beri hadiah  pada
pasangan.
Saat sambut hari ibu 📅 aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku. 👥
Selalu ibu  yg ingat aku. 👤
Setiap saat aku akan call  pasanganku 👥
Kalau ingat aku akan call  ibu 
Selalu aku belikan hadiah  untuk pasanganku. 👥
Entah bile aku akan belikan hadiah  untuk ibu 
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar  dan berkerja 
bolehkah kau kirim wang  untuk ibu?
Ibu tidak minta banyak... lima puluh 💲 sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata  jika kita mendengarnya .
Tapi kalau ibu sudah tiada 
 ibu aku RINDU,aKU RIIINDDUU,
SANGAT RINDU.
Berapa banyak yang sanggup menyuapkan
ibunya makan 
berapa banyak yang sanggup melap muntah
ibunya 
berapa banyak yang sanggup mengganti lampin
ibunya 
berapa banyak yang sanggup..... membersihkan
najis  ibunya
berapa banyak yang sanggup....... membuang ulat 
dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa banyak yang sanggup berhenti kerja 🚷 untuk
menjaga ibunya 
Dan akhir sekali berapa banyak yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi 💖 ibumu,

sayangilah ibumu selagi. masih ada 💖

Saya berjurai air mata mendengarnya....terdiam dan membisu...

Lepas tu, dia ajak tarik ikan semula...Di tajur yang terakhir, dia tarik tajur, nampak ikan ... tapi heran pasal ikan tak lekat pada mata kail tetapi dah naik ke atas pada tali, ikan tu taklah besarmana pun... dalam 1/2 kg je, tapi tajur berat. Ada sesuatu lagi dalam air. Sekali tarik lagi... dalam keadaan gelap nampak libasan yang menghairankan... ULARRRRR... saya jerit.... sekali bos saya cakap.... SABARRRRRR. tarik lagi... rupa-rupanya seekor keli gergasi telah terkene mata kail. teori kami adalah. Baung yang sederhana saiznya makan anak sepat, pastu keli nak makan baung...baung lari... tapi tak boleh lari... itu yang dia naik keatas... itulah namanya REZEKI Allah... satu tajur, satu mata kail tapi ada 2 ikan...

Selesai semua kerja, kami balik....penat....

Sunday, March 10, 2013

Lahat Datu,Semporna. Sabah

Marilah renungi coretan hari ini,
lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,
bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
bukan juga seorang yang pemimpin,artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
ya,bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.
begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini.
baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?
sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja.
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.
Ini kisah anggota PDRM dan ATM........
yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu,
cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.
bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda?
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.
kau suka? kalau suka mohon kerja polis.
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.
aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita.
kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.
wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita...
semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.

Friday, March 8, 2013

SUBSIDI, DIESEL, PETROL

Salam sejahtera wahai sahabat handai...
Kesibukan tugas hakiki mengakibatkan saya meninggalkan sebentar dunia cyber ini. Hari ini saya nak berceloteh pasal satu isu yang agak sensitif... SUBSIDI.

Saya gemar memancing. Kalau memancing di laut, diesel itu penting. Pasal apa diesel itu penting....pasal tak ada diesel, bot tak bergerakkkk... Kalau tak bergerak, tak dapat ikan.

Diesel adalah satu barang kawalan yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Banyak subsidi yang disediakan....cukup banyak. Untuk apa diberikan subsidi? Tentulah untuk keselesaan rakyat jelata. Tapi macam mana subsidi ini diberikan, dari mana punca dana nak menampung subsidi? Tentulah daripada cukai-cukai yang dibayar oleh orang-orang yang berkemampuan termasuk juga syarikat-syarikat...  Atas kerana itu jugalah, kerajaan menggalakkan kemasukkan pelabur asing.... nampak macam dia orang bawak keluar duit dari dalam negara tetapi sebenarnya adalah sebaliknya. Apatah lagi bila aktiviti adalah eksport... Lagi satu... bila banyak pelabur asing... lagi selamat negara kita. Negara yang melabur akan berfikir berkali-kali untuk membuat onar pada negara kita... Yang selalu membuat onar ni hanya orang dalam je... tepuk dada, fikir sendiri...

Berbalik semula tentang subsidi diesel... Banyak tangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa. Daripada diesel nelayan mahupun diesel di stesyen-stesyen minyak yang banyak bertaburan di Malaysia ini... semua ini adalah diesel bersubsidi. Harga diesel nelayan sekarang adalah RM1.25.... betapa untungnya mereka.... tapi kenapa harga ikan mahal? Pihak berwajip telah banyak membuat plan tetapi hanya tinggal plan.... minyak nie semua depa pegi jual semula. Harga yang dijual adalah harga yang tiada subsidi atau dipanggil sebagai harga industri... Saya tak pasti berapa tetapi sekarang rasanya dalam RM 2.50 seliter.... sekali ganda harga yang mereka beli.... untung...untung... tak perlu susah-susah pergi tangkap ikan. Jual minyak diesel lagi untung.

Cuba bayangkan sebuah bot nelayan kelas C2... jenis bot tunda... kelas C2 ini adalah bot yang paling besar. Sekali beli anggaran sekitar RM 10,000 hingga RM 15,000. Bayangkan tak keluar ke laut tetapi jual semula.... Goyang kaki dapat RM 10 k hingga RM 15 k .... tapi itu untung kasar... berapa pulak yang kerajaan rugi.... sesungguhnya pada saya mereka adalah penyamun yang paling besar dalam Malaysia....

Itu cerita pasal nelayan.... walaupun tak semua tetapi ramai yang terlibat...itu maklumat yang telah saya terima...

Kesian pada kita semua.... terutama pada makcik dan pakcik di kampung kampung... ikan yang sepatutnya murah masih mahal....

Dasarnya, setiap apa yang kerajaan cuba bantu...mesti ada yang cuba seleweng untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dan ramai pula yang kaya semakin kaya dan yang miskin masih macam tu aje... bantuan yang perlu disampaikan, tidak sampai pada yang sepatutnya.

Apakah sistem perlu diperbaiki ataupun perlu sistem subsidi ini perlu di mansuhkan dan diganti dengan  sistem yang lain?