Monday, March 11, 2013

Aku, Ibu Dan Kekasihku...

Salam semua... Mungkin sejak kebelakangan ini tiada coretan memancing... tiada coretan umpan, joran, laut, kolam, sungai dan sebagainya... tetapi saya ingin berkongsi satu cerita. Satu cerita yang lucu dan sedih...
Ia berkait dengan bos saya dulu.... lama dah.... sekitar tahun 1999... kat Melaka. Pada masa itu, bos saya dan saya bertugas di satu syarikat di Teluk Mas... Ceritanya begini... Kawannya mengajak dia menajur di sungai di satu kawasan di Durian Tunggal. Dan pada masa tu saya ada... bos saya ajak saya sekali... saya pun setujulah, ibarat orang ngantuk disorongkan bantal...pucuk dicita ulam mendatang... dia kata tak payah bawak apa-apa...ikut sahaja.. lagi best..
Habis kerja, kami semua terus balik rumah, terus siap dan saya tunggu bos saya di rumah. Sampai je, kami terus ke kawasan target. Hari masih terang. Kawan bos saya ada bawa satu bekas yang penuh dengan anak ikan sepat. Saya tak tanya nak buat apa pasal diaorang dah pesan.... "tengok je".
Bos saya mula cari kayu disekitar tebing target.... banyaklah tu... Lepas tu, dia ikat tali "benang buat rumah".... alahhh benang yang warna coklat tulah....pada benang tu dah ada mata kail...besarlak tu... pastu, kawannya cangkuk anak ikan sepat pada bahagian belakangnya. Dan kayu yang dah jadi tajur tu dipacakkan sedalam-dalamnya ke tebing sungai. Ada 50 batang semuanya yang dia orang buat... sampai jam 10 malam baru siap proses tu... saya sentiasa berada di bahagian belakang mereka. Tolong apa yang patut...
 Dah siap semua, dia kata..."jom patah balik... kita tengok hasil"... Huhhh jauh tu... antara satu tajur, jaraknya dekat 10 meter, ada 50 tajur, maknanya kami terpaksa bergerak kebelakang sejauh 500 meter atau  1/2  km dalam gelap dan meredah semak dan rebe...
Tujuannya bukan apa... tengok kalau-kalau tajur dah mengene... Memang rezeki... masa patah balik je... kami dapat 15 ekor ikan baung yang besarnya 1.5kg ke 2kg seekor... uh best... Sampai check point mula-mula, saya sebagai pemikul ikan, terus masukkan ikan dalam bonet kereta...melompat-lompat ikan dalam kereta.
Lepas tu... terus patah balik ke check point last... dapat lagi 10 ekor... saya cukup teruja...masukkan ikan dalam kereta dan kami berehat dulu tepi kereta. Masatu pun dah jam 2 pagi... huhuhu.. Kami isap rokok dan bos saya mulalah bergurindam dan memberi nasihat... Bunyinya...

Aku mempunyai pasangan hidup... 
Saat senang aku cari pasanganku 👥
Saat sedih aku cari ibu 
Saat sukses  aku ceritakan 💬 pada pasanganku 👥
Saat gagal aku ceritakan 💬 pada ibu 
Saat bahagia  aku peluk erat pasanganku. 👥
Saat sedih  aku peluk erat ibu.
Saat sambut valentine  selalu beri hadiah  pada
pasangan.
Saat sambut hari ibu 📅 aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku. 👥
Selalu ibu  yg ingat aku. 👤
Setiap saat aku akan call  pasanganku 👥
Kalau ingat aku akan call  ibu 
Selalu aku belikan hadiah  untuk pasanganku. 👥
Entah bile aku akan belikan hadiah  untuk ibu 
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar  dan berkerja 
bolehkah kau kirim wang  untuk ibu?
Ibu tidak minta banyak... lima puluh 💲 sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata  jika kita mendengarnya .
Tapi kalau ibu sudah tiada 
 ibu aku RINDU,aKU RIIINDDUU,
SANGAT RINDU.
Berapa banyak yang sanggup menyuapkan
ibunya makan 
berapa banyak yang sanggup melap muntah
ibunya 
berapa banyak yang sanggup mengganti lampin
ibunya 
berapa banyak yang sanggup..... membersihkan
najis  ibunya
berapa banyak yang sanggup....... membuang ulat 
dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa banyak yang sanggup berhenti kerja 🚷 untuk
menjaga ibunya 
Dan akhir sekali berapa banyak yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi 💖 ibumu,

sayangilah ibumu selagi. masih ada 💖

Saya berjurai air mata mendengarnya....terdiam dan membisu...

Lepas tu, dia ajak tarik ikan semula...Di tajur yang terakhir, dia tarik tajur, nampak ikan ... tapi heran pasal ikan tak lekat pada mata kail tetapi dah naik ke atas pada tali, ikan tu taklah besarmana pun... dalam 1/2 kg je, tapi tajur berat. Ada sesuatu lagi dalam air. Sekali tarik lagi... dalam keadaan gelap nampak libasan yang menghairankan... ULARRRRR... saya jerit.... sekali bos saya cakap.... SABARRRRRR. tarik lagi... rupa-rupanya seekor keli gergasi telah terkene mata kail. teori kami adalah. Baung yang sederhana saiznya makan anak sepat, pastu keli nak makan baung...baung lari... tapi tak boleh lari... itu yang dia naik keatas... itulah namanya REZEKI Allah... satu tajur, satu mata kail tapi ada 2 ikan...

Selesai semua kerja, kami balik....penat....

4 comments:

  1. Saya selalu dengar pasal tajur. Rupa2nya beginilah proses tajur yer.

    Gurindam itu memang sungguh benar.

    Sang Kerapu, saya nak minta pendapat. Kami sekeluarga ingin pergi bercuti bersama2. Tapi nak ke tempat yang boleh memancing. Masalahnya ada warga emas dan ada anak kecil. Kemana kah yang sesuai? Saya dan hubby dah cuba menjelajah Terengganu dan Pahang, tapi tak jumpa yang sesuai. Negeri2 selatan tak masuk list sebab dah jemu. Antara pantai timur dan utara. Oh yer, memancing tasik atau pantai saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Rasanya ada satu lokasi yang sesuai... Cuba ke Kuala Kurau, Perak. Ada satu cheletyang sesuai... Atas air. Buka pintu beranda. ..boleh terus memancing.... Best dan selamat...

      Delete
  2. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli bro...
    Memang best mendengar gurindam nasihat..

    ReplyDelete
  3. Sedih baca gurindam tu.....kasih ibu membawa ke syurga.....

    ReplyDelete