Friday, March 8, 2013

SUBSIDI, DIESEL, PETROL

Salam sejahtera wahai sahabat handai...
Kesibukan tugas hakiki mengakibatkan saya meninggalkan sebentar dunia cyber ini. Hari ini saya nak berceloteh pasal satu isu yang agak sensitif... SUBSIDI.

Saya gemar memancing. Kalau memancing di laut, diesel itu penting. Pasal apa diesel itu penting....pasal tak ada diesel, bot tak bergerakkkk... Kalau tak bergerak, tak dapat ikan.

Diesel adalah satu barang kawalan yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Banyak subsidi yang disediakan....cukup banyak. Untuk apa diberikan subsidi? Tentulah untuk keselesaan rakyat jelata. Tapi macam mana subsidi ini diberikan, dari mana punca dana nak menampung subsidi? Tentulah daripada cukai-cukai yang dibayar oleh orang-orang yang berkemampuan termasuk juga syarikat-syarikat...  Atas kerana itu jugalah, kerajaan menggalakkan kemasukkan pelabur asing.... nampak macam dia orang bawak keluar duit dari dalam negara tetapi sebenarnya adalah sebaliknya. Apatah lagi bila aktiviti adalah eksport... Lagi satu... bila banyak pelabur asing... lagi selamat negara kita. Negara yang melabur akan berfikir berkali-kali untuk membuat onar pada negara kita... Yang selalu membuat onar ni hanya orang dalam je... tepuk dada, fikir sendiri...

Berbalik semula tentang subsidi diesel... Banyak tangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa. Daripada diesel nelayan mahupun diesel di stesyen-stesyen minyak yang banyak bertaburan di Malaysia ini... semua ini adalah diesel bersubsidi. Harga diesel nelayan sekarang adalah RM1.25.... betapa untungnya mereka.... tapi kenapa harga ikan mahal? Pihak berwajip telah banyak membuat plan tetapi hanya tinggal plan.... minyak nie semua depa pegi jual semula. Harga yang dijual adalah harga yang tiada subsidi atau dipanggil sebagai harga industri... Saya tak pasti berapa tetapi sekarang rasanya dalam RM 2.50 seliter.... sekali ganda harga yang mereka beli.... untung...untung... tak perlu susah-susah pergi tangkap ikan. Jual minyak diesel lagi untung.

Cuba bayangkan sebuah bot nelayan kelas C2... jenis bot tunda... kelas C2 ini adalah bot yang paling besar. Sekali beli anggaran sekitar RM 10,000 hingga RM 15,000. Bayangkan tak keluar ke laut tetapi jual semula.... Goyang kaki dapat RM 10 k hingga RM 15 k .... tapi itu untung kasar... berapa pulak yang kerajaan rugi.... sesungguhnya pada saya mereka adalah penyamun yang paling besar dalam Malaysia....

Itu cerita pasal nelayan.... walaupun tak semua tetapi ramai yang terlibat...itu maklumat yang telah saya terima...

Kesian pada kita semua.... terutama pada makcik dan pakcik di kampung kampung... ikan yang sepatutnya murah masih mahal....

Dasarnya, setiap apa yang kerajaan cuba bantu...mesti ada yang cuba seleweng untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dan ramai pula yang kaya semakin kaya dan yang miskin masih macam tu aje... bantuan yang perlu disampaikan, tidak sampai pada yang sepatutnya.

Apakah sistem perlu diperbaiki ataupun perlu sistem subsidi ini perlu di mansuhkan dan diganti dengan  sistem yang lain?

5 comments:

  1. Manusia yang hidupnya tertekan untuk hidup mewah akan terus mencuri kesempatan yang diberi...aku pun tak tahu cammana nak komen sebab aku tak terlibat dlm pengunaan diesel secara langsung atau tak langung..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang biasa macam kita ini tak buat macam tu...walaupun tahu nak buat macam mana nak buat. Pasal tak sampai hati nak merampas hak orang lain.

      Delete
  2. klu dlm pertandingan debat, isu2 ni selalu jadi usul... huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar berdebat... biar orang dengar... biar keatas.... barulah ada yang sedar dan subsidi dikawal.

      Delete
  3. Kepimpinan melalui teladan. Nelayan buat sebab belajar dari tekong. Tekong belajar dari..? Dan selebihnya beranak pinak ke atas dan ke atas. Sehinggalah roboh stadium dan jalan raya di Putrajaya tu kan..

    ReplyDelete