Monday, April 29, 2013

PUTRAJAYA, LEBUH RAYA, JALAN RAYA, VIVA RAYA


Salam sejahtera...

Hari ini ingin melaporkan kejadian kemalangan yang berlaku di depan mata.... aduh trajik nya!

29 April, Putrajaya. Satu kemalangan telah berlaku di satu JALAN LURUS berhampiran persimpangan ke PICC, PUTRAJAYA. Sebuah kereta Viva telah kehilangan kawalan dan telah melanggar sebatang pokok palma sehingga akar pokok tersebut tercabut dan cuba mengejar langit (bayangkan). Pemandu kereta dan anaknya yang berusia lebih kurang 4 tahun dalam keadaan selamat dan stabil. Temuramah dilakukan bersama anaknya tetapi tiada maklumat yang dapat diperolehi. beliau hanya termanggu. Dipercayai, sistem AIR BAG telah sedikit sebanyak membantu keselamatan pemandu dan penumpang. Beberapa soalan juga telah diajukan kepada pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun. Jawapan yang telah dikemukakan hanyalah... Oh.. sakit dada ini... saya tertidur... kejap aje... terus jadi macam ini... tolong ambilkan barang saya...  Itu adalah diantara ayat ayat yang terpacul dari mulutnya. Satu panggilan telefon telah dilakukan ke Blai polis Putrajaya untuk memaklumkan kejadian yang telah berlaku. Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan.



Hampir mengenai tiang lampu. Kalau kene.... tak tau nak cakap.
Bahagian yang bersepai adalah akar polok palma yang menjadi hiasan di sepanjang jalan.


Rakan-rakan sekalian... Beberapa persoalan yang ingin diketengahkan berdasarkan kejadian ini.

1. Kebaikan Kerajaan di Putrajaya
Kerajaan telah membina jalan banyak jalan yang lurus... tetapi kebanyakan di jalan yang lurus jugalah, banyak kemalangan berlaku di Putrajaya. Adakah jalan yang lurus itu tetapi tidak rata atau kita khayal....yang menyebabkan kita mengantuk

2. Keamanan di Putrajaya
Betul ke aman? Putrajaya telah dikatakan sebuah bandar selamat tetapi kejadian tembak sehingga kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam berlaku. Adakah itu selamat. SELAMAT adalah subjektif. Kalau kita duduk dalam rumah dan ajal kita sampai sekalipun... adakah rumah kita itu dikatakan tidak selamat. Fikirkanlah. Dasarnya... keamanan yang kita kecapi telah menyebabkan kita LALAI. Kita hanyut dibawa arus pembangunan. Kita sepatutnya sentiasa AWAS akan keadaan sekeliling kita. Awas itu akan memberikan kita faedah yang banyak... Kalau tak lalai... tak langgar pokok.

3. Ada HANTU SYAITAN ke 
Ada yang mengatakan bahawa dirumahnya ada bunyi itu, ada bunyi ini. nampak itu dan nampak ini.... pada hakikatnya... memang betul pun... pasal saya alaminya. Adakah kerana syaitan mengaburi mata kita menyebabkan kita lalai dan mengantuk dan seterusnya kereta cium pokok atau cium tiang lampu... Susah saya nak cakap... Pasal saya pun alaminya... 2 kali saya cium belakang kenderaan... dijalan lurus pulak tu...

Masej yang hendak saya sampaikan....
1. Ingatlah kesusahan yang orang lama lama hadapi dahulu... Jangan persiakan perjuangan mereka. Perpaduan adalah asas utama.
2. Ingatlah kenikmatan yang diperolehi. dan kita perlu syukuri ia. Bila kita sentiasa bersyukur,,, kita akan sentiasa ingat...dan tidak lalai...
3. Islam itu membawa kepada perpaduan, jika kita perhalusi dan mengikuti cara yang sebenar. Bukan membawa berlaga disana dan berlaga disini. dan untuk itu...sembahyang dan iktikat itu penting. Kalau kita tak ikut perkara ini, syaitan akan menemani kita, berbisiklah ia dengan tujuan untuk memusnahkan umat ADAM. Pada saya kemalangan adalah salah satu cara.... tetapi berpunca dari diri sendiri.

Menjelang Pilihanraya 13, Fikirkanlah, jangan terpengaruh dengan dakyah dakyah. Allah telah kurniakan kita akal fikiran, pergunakanlah ia dengan sebaiknya. Tapi perlulah kajian kita lakukan.

Untuk Pengeluar VIVA.... saya sarankan... disebabkan kereta itu lembut... tambahkan air bag sistem dan kurangkanlah keupayaan kelajuannya... saya sendiri mampu membawa Viva 850 saya pada kelajuan 170km sejam... bila saya fikirkan balik... saya ini tak ingat nyawa dan tak ingat orang yang menyayangi kita....

Saturday, April 27, 2013

RENUNGAN 1

Artikel ini bukanlah daripada saya tetapi saya terima dan saya kongsikan bersama:

Untuk dikongsi bersama..... Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

➢ Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

➢ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

➢ Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

➢ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

➢ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

➢ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. 

                    Ya Allah, saudara2ku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...Amin ya Rabbal Aalamiin.... .

Friday, April 26, 2013

PRU 13

Salam untuk semua. PRU13 semakin hampir. Bendera parti berkibar di mera rata. Siapa yang menang....benderanya akan kekal berkibar... yang penting.... kekalkan bendera MALAYSIA. Itulah bendera yang menyatakan kita merdeka. Untuk kekalkan kibaran JALUR GEMILANG....hentikanlah perselisihan faham antara kita. Keutuhan sesebuah negara adalah keutuhan rakyatnya. Runtuhnya sesebuah negara adalah kerana KEKALUTAN RAKYATNYA juga.

Jadi... perlu ke kita berubah? Ya PERLU... berubah kepada PERPADUAN YANG KUKUH!!! Dan perlu ke kita buat seperti gambar di bawah?
ASAP yang timbul untuk menyedarkan kita akan kesilapan dan untuk mengingatkan kita tentang bahaya. Kalau nyamuk... dah lari dah...

Gambar diatas ... adalah sebenarnya keluar dari sebuah van yang bermasalah dan dibiarkan ditengah jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas pagi tadi di MRR2. Van yang rosak perlu dibaiki dan bukannya diketepikan dan cari yang lain. Duit tu bang... kita buk
annya berduit sangat.

Orang yang berduit ni yang selalu bercakap dan orang lain yang buat kerja. Siapa yang susah... ora.g yang melaksanakan...yang susah.

Saya juga mengucapkan takziah kepada Allahyarham Timbalan Ketua Pengarah KASTAM. Atas pengorbanan beliau terhadap penyangak penyangak menyebabkan nyawa beliau melayang. Itulah hakikat PEGAWAI PEGAWAI PENGUATKUASA di Malaysia. Harapkan pihak berwajib memenuhi tahap kebajian dan keselamatan Pegawai Penguatkuasa Di semua Agensi... Tak kiralah KASTAM ATAU IMIGRATION ATAU KPDNKK ATAU POLIS ATAU TENTERA. MAHUPUN JPJ ATAU JABATAN AGAMA ISLAM. Janganlah hanya satu satu pihak sahaja yang mendapat keistimewaan. Perlu ingat... NYAWA TU sebagai galang ganti...

Wednesday, April 17, 2013

KEMALANGAN KEBAKARAN LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Salam untuk semua...
Saya dalam perjalanan ke Johor untuk repeat semula kerapu yang tak naik...geram rasanya. Kali ini saya bawa orang lain...orang yang kurang pro...manalah tahu...ikan tu buta... pastu singgah ke umpan saya...hehehe.
Tapi dalam perjalanan... satu insiden berlaku...
ma


nasihat saya... kalau lepas memancing...semua umpan mesti dibersihkan dari kereta anda... kalau tak...akan mengubdang tikus...pastu ular...tikus gigit wire...kereta terbakar. kalau mancing udang atau ikan air tawar...cengkerik kasi buang...kalau tak...jadilah macam kat atas....hehehe ....keselamatan untuk semua

Monday, April 8, 2013

Operasi di Selatan Johor

Salam sejahtera...

Kesibukan dalam menjalankan tugas seharian menyebabkan saya terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan para pembaca sekalian.... soli...belli belli soli...

Kali ini saya ingin mengetengahkan pengalaman saya baru baru ini... dimana ye?  Di Tanjung Belungkor dan di Sungai Johor (dah dekat dengan kuala dah). Kawasan ini sungguh mengancam. Apa tidaknya... airnya dalam walaupun ianya adalah selat dan kuala sungai je... ikan merah dan jenahak ada... jangan tak percaya! Tak sangka juga terdapatnya terumbu karang dilokasi ini... sungguhku tak percaya.

Namun begitu, akibat kerakusan manusia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan samada halal ataupun haram telah memberikan kesan kepada hidupan laut... kesian.. ikan tak sempat membesar kerana mati dek pencemaran... minyak hitam... minyak diesel... minyak urut je tak de.... Sangkar-sangkar ikan kepunyaan KEJORA pun boleh piap ikannya dek pencemaran.... Apo nak dikato. Bilo Nasik dah jadik bubur... semuo melopeh.

Nelayan-nelayan di kawasan ini telah menrungut kerana kekurangan tangkapan... kesian mereka. Kawasan ini didiami oleh nelayan-nelayan kecil sahaja.. Dahlah bot yang digunakan kecil...minyak mahal... orang sekeliling lak rakus sangat... maka terjadilah yang miskin bertambah miskin... Saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian... jagalah alam sekitar kita. Dunia ini pinjaman tuhan dan perlulah kita menjaganya...

Namun saya sebagai pemancing "separuh tegar".. hehehe... pantang berundur sebelum "menang" berjaya juga menaikkan beberapa spesis yang memuaskan. Saya telah berpeluang untuk menginap sambil memancing di dua buah rumah rakit. Satu adalah RUMAH RAKIT AZMI di Sungai Lebam dan satu lagi adalah RUMAH RAKIT SIMON di Tanjung Belungkor... best wooo. Bawalah keluarga anda disini. Bilik ada. Tandas ada... Dapur ada... TV pun ada...

Di kawasan ini juga saya berpeluang untuk melihat sangkar didikan ikan jenahak dan kerapu. Sungguh indah rupanya semasa diberi makan. Disini saya memaparkan beberapa foto yang telah di ambil semasa dilokasi...

                                         anak ikan jenahak...


                                                   naik jugak ikan merah



                                                   siakap  dan merah.... puas hati...


                                         ibu gelama yang sesat makan malam... last sekali masuk kuali.


                                         sekor lagi sesat makan malam... pak jenahak


                                                   dia nie memang tangan kerapu... mana dia pegi mesti dapat.


                                                   kerapu kedua nie pun dia jugak yang dapat...


                                                   Kerapu ketiga ni.... dia lagi...

Hakikat yang saya terpaksa terima... sekor kerapu pun saya tak dapat... lain dapatlah...

Kunjunglah di dua rumah rakit ini dan anda akan merasai tarikan ganazzz ikan ikan yang ada... cuma satu saya pesan... JANGAN PANCING IKAN DALAM SANGKAR... MARAH ORANG! hehehe.