Saturday, October 12, 2013

KERAPU SUNGAI BUAH BESAR, KOTA TINGGI, JOHOR


Assalammualaikum.... Salam sejahtera...kepada semua....yang dah lama tak jumpa...

Hari Raya Aidil Adha... tinggal beberapa hari je. Hari Raya Aidil Fitri.... dah beberapa bulan lepas...

Saya ingin mencerita pengalaman seorang sahabat saya bersama pasukannya... Saya dimaklumkan bahawa ... uhhh ... kesian dia... pada sepanjang bulan Ramadan yang lalu..hanya beberapa hari je dia berada di rumah. Bukan kerana apa, hanya panggilan tugas... kesian dia.

Gambar diatas tu adalah gambar kapal yang telah mereka tahan kerana cuba untuk menyeludup diesel ke luar negara. Mereka tahan pada 1 Ramadan dan tugas mereka selesai dilokasi tersebut pada 26 Ramadan.... Kapal tersebut adalah kepunyaan seorang usahawan Indonesia dan Kaptennya adalah seorang warganegara Indonesia yang baru sahaja menimang anak pertama.... kesian kapten tersebut...  Dikhabarkan,,,beberapa ratus ribu liter diesel telah dapat diselamatkan daripada mengalir keluar negara. Tahniah kepada beliau dan pasukannya. Demi negara terpaksa berkemah di lokasi kejadian...

Yang nak cerita sebenarnya adalah... Sungai Buah Besar adalah salah satu sungai yang terletak di bahagian paling hujung negeri Johor. Kedudukan kapal ini ditahan adalah sekitar 3km daripada muara dan sungai ini adalah satu sungai yang agak kecil tetapi dalam dan berliku liku...

Jangan tak percaya... kawasan ini terdapat 3 spesis yang ketara.

Spesis pertama adalah ikan siakap... diaorang tangkap pakai jala yang ditebar sahaja ditepi tepi kawasan tersebut...Memang raspek... Tangkap siakap pakai jala.

Spesis kedua adalah ikan kerapu... tangkap pakai joran macam biasalah... tapi kerapu tuuuu.

Spesis ketiga adalah tilapia merah! Diaorang tangkap pakai tangguk! Macam tak percaya tapi saya ada tengok gambarnya...

Tiga jenis ikan tulah yang mereka jadikan habuan berbuka puasa dan sahur sepanjang mereka bertugas dilokasi tersebut. Disamping itu juga duri dan sembilang tidak ketinggalan menjadi mangsa joran joran mereka.

Sungguh meriahlah ketika itu... namun begitu ... tahniah untuk mereka kerana menjalankan tanggung jawap kepada negara.

Post yang berikut nanti akan saya ceritakan berkaitan lobster atau bahasa inggerisnya adalah udang kara... ini meriah juga. Team ini jugak...

Monday, April 29, 2013

PUTRAJAYA, LEBUH RAYA, JALAN RAYA, VIVA RAYA


Salam sejahtera...

Hari ini ingin melaporkan kejadian kemalangan yang berlaku di depan mata.... aduh trajik nya!

29 April, Putrajaya. Satu kemalangan telah berlaku di satu JALAN LURUS berhampiran persimpangan ke PICC, PUTRAJAYA. Sebuah kereta Viva telah kehilangan kawalan dan telah melanggar sebatang pokok palma sehingga akar pokok tersebut tercabut dan cuba mengejar langit (bayangkan). Pemandu kereta dan anaknya yang berusia lebih kurang 4 tahun dalam keadaan selamat dan stabil. Temuramah dilakukan bersama anaknya tetapi tiada maklumat yang dapat diperolehi. beliau hanya termanggu. Dipercayai, sistem AIR BAG telah sedikit sebanyak membantu keselamatan pemandu dan penumpang. Beberapa soalan juga telah diajukan kepada pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun. Jawapan yang telah dikemukakan hanyalah... Oh.. sakit dada ini... saya tertidur... kejap aje... terus jadi macam ini... tolong ambilkan barang saya...  Itu adalah diantara ayat ayat yang terpacul dari mulutnya. Satu panggilan telefon telah dilakukan ke Blai polis Putrajaya untuk memaklumkan kejadian yang telah berlaku. Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan.



Hampir mengenai tiang lampu. Kalau kene.... tak tau nak cakap.
Bahagian yang bersepai adalah akar polok palma yang menjadi hiasan di sepanjang jalan.


Rakan-rakan sekalian... Beberapa persoalan yang ingin diketengahkan berdasarkan kejadian ini.

1. Kebaikan Kerajaan di Putrajaya
Kerajaan telah membina jalan banyak jalan yang lurus... tetapi kebanyakan di jalan yang lurus jugalah, banyak kemalangan berlaku di Putrajaya. Adakah jalan yang lurus itu tetapi tidak rata atau kita khayal....yang menyebabkan kita mengantuk

2. Keamanan di Putrajaya
Betul ke aman? Putrajaya telah dikatakan sebuah bandar selamat tetapi kejadian tembak sehingga kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam berlaku. Adakah itu selamat. SELAMAT adalah subjektif. Kalau kita duduk dalam rumah dan ajal kita sampai sekalipun... adakah rumah kita itu dikatakan tidak selamat. Fikirkanlah. Dasarnya... keamanan yang kita kecapi telah menyebabkan kita LALAI. Kita hanyut dibawa arus pembangunan. Kita sepatutnya sentiasa AWAS akan keadaan sekeliling kita. Awas itu akan memberikan kita faedah yang banyak... Kalau tak lalai... tak langgar pokok.

3. Ada HANTU SYAITAN ke 
Ada yang mengatakan bahawa dirumahnya ada bunyi itu, ada bunyi ini. nampak itu dan nampak ini.... pada hakikatnya... memang betul pun... pasal saya alaminya. Adakah kerana syaitan mengaburi mata kita menyebabkan kita lalai dan mengantuk dan seterusnya kereta cium pokok atau cium tiang lampu... Susah saya nak cakap... Pasal saya pun alaminya... 2 kali saya cium belakang kenderaan... dijalan lurus pulak tu...

Masej yang hendak saya sampaikan....
1. Ingatlah kesusahan yang orang lama lama hadapi dahulu... Jangan persiakan perjuangan mereka. Perpaduan adalah asas utama.
2. Ingatlah kenikmatan yang diperolehi. dan kita perlu syukuri ia. Bila kita sentiasa bersyukur,,, kita akan sentiasa ingat...dan tidak lalai...
3. Islam itu membawa kepada perpaduan, jika kita perhalusi dan mengikuti cara yang sebenar. Bukan membawa berlaga disana dan berlaga disini. dan untuk itu...sembahyang dan iktikat itu penting. Kalau kita tak ikut perkara ini, syaitan akan menemani kita, berbisiklah ia dengan tujuan untuk memusnahkan umat ADAM. Pada saya kemalangan adalah salah satu cara.... tetapi berpunca dari diri sendiri.

Menjelang Pilihanraya 13, Fikirkanlah, jangan terpengaruh dengan dakyah dakyah. Allah telah kurniakan kita akal fikiran, pergunakanlah ia dengan sebaiknya. Tapi perlulah kajian kita lakukan.

Untuk Pengeluar VIVA.... saya sarankan... disebabkan kereta itu lembut... tambahkan air bag sistem dan kurangkanlah keupayaan kelajuannya... saya sendiri mampu membawa Viva 850 saya pada kelajuan 170km sejam... bila saya fikirkan balik... saya ini tak ingat nyawa dan tak ingat orang yang menyayangi kita....

Saturday, April 27, 2013

RENUNGAN 1

Artikel ini bukanlah daripada saya tetapi saya terima dan saya kongsikan bersama:

Untuk dikongsi bersama..... Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

➢ Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

➢ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

➢ Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

➢ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

➢ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

➢ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. 

                    Ya Allah, saudara2ku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh & solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang..maka sayangilah dia serta kasihilah dia..bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya..murahkan rezekinya.. sihatkan tubuh badannya..jika dia melangkah, selamatkanlah dia..permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...Amin ya Rabbal Aalamiin.... .

Friday, April 26, 2013

PRU 13

Salam untuk semua. PRU13 semakin hampir. Bendera parti berkibar di mera rata. Siapa yang menang....benderanya akan kekal berkibar... yang penting.... kekalkan bendera MALAYSIA. Itulah bendera yang menyatakan kita merdeka. Untuk kekalkan kibaran JALUR GEMILANG....hentikanlah perselisihan faham antara kita. Keutuhan sesebuah negara adalah keutuhan rakyatnya. Runtuhnya sesebuah negara adalah kerana KEKALUTAN RAKYATNYA juga.

Jadi... perlu ke kita berubah? Ya PERLU... berubah kepada PERPADUAN YANG KUKUH!!! Dan perlu ke kita buat seperti gambar di bawah?
ASAP yang timbul untuk menyedarkan kita akan kesilapan dan untuk mengingatkan kita tentang bahaya. Kalau nyamuk... dah lari dah...

Gambar diatas ... adalah sebenarnya keluar dari sebuah van yang bermasalah dan dibiarkan ditengah jalan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas pagi tadi di MRR2. Van yang rosak perlu dibaiki dan bukannya diketepikan dan cari yang lain. Duit tu bang... kita buk
annya berduit sangat.

Orang yang berduit ni yang selalu bercakap dan orang lain yang buat kerja. Siapa yang susah... ora.g yang melaksanakan...yang susah.

Saya juga mengucapkan takziah kepada Allahyarham Timbalan Ketua Pengarah KASTAM. Atas pengorbanan beliau terhadap penyangak penyangak menyebabkan nyawa beliau melayang. Itulah hakikat PEGAWAI PEGAWAI PENGUATKUASA di Malaysia. Harapkan pihak berwajib memenuhi tahap kebajian dan keselamatan Pegawai Penguatkuasa Di semua Agensi... Tak kiralah KASTAM ATAU IMIGRATION ATAU KPDNKK ATAU POLIS ATAU TENTERA. MAHUPUN JPJ ATAU JABATAN AGAMA ISLAM. Janganlah hanya satu satu pihak sahaja yang mendapat keistimewaan. Perlu ingat... NYAWA TU sebagai galang ganti...

Wednesday, April 17, 2013

KEMALANGAN KEBAKARAN LEBUH RAYA UTARA SELATAN

Salam untuk semua...
Saya dalam perjalanan ke Johor untuk repeat semula kerapu yang tak naik...geram rasanya. Kali ini saya bawa orang lain...orang yang kurang pro...manalah tahu...ikan tu buta... pastu singgah ke umpan saya...hehehe.
Tapi dalam perjalanan... satu insiden berlaku...
ma


nasihat saya... kalau lepas memancing...semua umpan mesti dibersihkan dari kereta anda... kalau tak...akan mengubdang tikus...pastu ular...tikus gigit wire...kereta terbakar. kalau mancing udang atau ikan air tawar...cengkerik kasi buang...kalau tak...jadilah macam kat atas....hehehe ....keselamatan untuk semua

Monday, April 8, 2013

Operasi di Selatan Johor

Salam sejahtera...

Kesibukan dalam menjalankan tugas seharian menyebabkan saya terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan para pembaca sekalian.... soli...belli belli soli...

Kali ini saya ingin mengetengahkan pengalaman saya baru baru ini... dimana ye?  Di Tanjung Belungkor dan di Sungai Johor (dah dekat dengan kuala dah). Kawasan ini sungguh mengancam. Apa tidaknya... airnya dalam walaupun ianya adalah selat dan kuala sungai je... ikan merah dan jenahak ada... jangan tak percaya! Tak sangka juga terdapatnya terumbu karang dilokasi ini... sungguhku tak percaya.

Namun begitu, akibat kerakusan manusia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan samada halal ataupun haram telah memberikan kesan kepada hidupan laut... kesian.. ikan tak sempat membesar kerana mati dek pencemaran... minyak hitam... minyak diesel... minyak urut je tak de.... Sangkar-sangkar ikan kepunyaan KEJORA pun boleh piap ikannya dek pencemaran.... Apo nak dikato. Bilo Nasik dah jadik bubur... semuo melopeh.

Nelayan-nelayan di kawasan ini telah menrungut kerana kekurangan tangkapan... kesian mereka. Kawasan ini didiami oleh nelayan-nelayan kecil sahaja.. Dahlah bot yang digunakan kecil...minyak mahal... orang sekeliling lak rakus sangat... maka terjadilah yang miskin bertambah miskin... Saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian... jagalah alam sekitar kita. Dunia ini pinjaman tuhan dan perlulah kita menjaganya...

Namun saya sebagai pemancing "separuh tegar".. hehehe... pantang berundur sebelum "menang" berjaya juga menaikkan beberapa spesis yang memuaskan. Saya telah berpeluang untuk menginap sambil memancing di dua buah rumah rakit. Satu adalah RUMAH RAKIT AZMI di Sungai Lebam dan satu lagi adalah RUMAH RAKIT SIMON di Tanjung Belungkor... best wooo. Bawalah keluarga anda disini. Bilik ada. Tandas ada... Dapur ada... TV pun ada...

Di kawasan ini juga saya berpeluang untuk melihat sangkar didikan ikan jenahak dan kerapu. Sungguh indah rupanya semasa diberi makan. Disini saya memaparkan beberapa foto yang telah di ambil semasa dilokasi...

                                         anak ikan jenahak...


                                                   naik jugak ikan merah



                                                   siakap  dan merah.... puas hati...


                                         ibu gelama yang sesat makan malam... last sekali masuk kuali.


                                         sekor lagi sesat makan malam... pak jenahak


                                                   dia nie memang tangan kerapu... mana dia pegi mesti dapat.


                                                   kerapu kedua nie pun dia jugak yang dapat...


                                                   Kerapu ketiga ni.... dia lagi...

Hakikat yang saya terpaksa terima... sekor kerapu pun saya tak dapat... lain dapatlah...

Kunjunglah di dua rumah rakit ini dan anda akan merasai tarikan ganazzz ikan ikan yang ada... cuma satu saya pesan... JANGAN PANCING IKAN DALAM SANGKAR... MARAH ORANG! hehehe.

Monday, March 11, 2013

Aku, Ibu Dan Kekasihku...

Salam semua... Mungkin sejak kebelakangan ini tiada coretan memancing... tiada coretan umpan, joran, laut, kolam, sungai dan sebagainya... tetapi saya ingin berkongsi satu cerita. Satu cerita yang lucu dan sedih...
Ia berkait dengan bos saya dulu.... lama dah.... sekitar tahun 1999... kat Melaka. Pada masa itu, bos saya dan saya bertugas di satu syarikat di Teluk Mas... Ceritanya begini... Kawannya mengajak dia menajur di sungai di satu kawasan di Durian Tunggal. Dan pada masa tu saya ada... bos saya ajak saya sekali... saya pun setujulah, ibarat orang ngantuk disorongkan bantal...pucuk dicita ulam mendatang... dia kata tak payah bawak apa-apa...ikut sahaja.. lagi best..
Habis kerja, kami semua terus balik rumah, terus siap dan saya tunggu bos saya di rumah. Sampai je, kami terus ke kawasan target. Hari masih terang. Kawan bos saya ada bawa satu bekas yang penuh dengan anak ikan sepat. Saya tak tanya nak buat apa pasal diaorang dah pesan.... "tengok je".
Bos saya mula cari kayu disekitar tebing target.... banyaklah tu... Lepas tu, dia ikat tali "benang buat rumah".... alahhh benang yang warna coklat tulah....pada benang tu dah ada mata kail...besarlak tu... pastu, kawannya cangkuk anak ikan sepat pada bahagian belakangnya. Dan kayu yang dah jadi tajur tu dipacakkan sedalam-dalamnya ke tebing sungai. Ada 50 batang semuanya yang dia orang buat... sampai jam 10 malam baru siap proses tu... saya sentiasa berada di bahagian belakang mereka. Tolong apa yang patut...
 Dah siap semua, dia kata..."jom patah balik... kita tengok hasil"... Huhhh jauh tu... antara satu tajur, jaraknya dekat 10 meter, ada 50 tajur, maknanya kami terpaksa bergerak kebelakang sejauh 500 meter atau  1/2  km dalam gelap dan meredah semak dan rebe...
Tujuannya bukan apa... tengok kalau-kalau tajur dah mengene... Memang rezeki... masa patah balik je... kami dapat 15 ekor ikan baung yang besarnya 1.5kg ke 2kg seekor... uh best... Sampai check point mula-mula, saya sebagai pemikul ikan, terus masukkan ikan dalam bonet kereta...melompat-lompat ikan dalam kereta.
Lepas tu... terus patah balik ke check point last... dapat lagi 10 ekor... saya cukup teruja...masukkan ikan dalam kereta dan kami berehat dulu tepi kereta. Masatu pun dah jam 2 pagi... huhuhu.. Kami isap rokok dan bos saya mulalah bergurindam dan memberi nasihat... Bunyinya...

Aku mempunyai pasangan hidup... 
Saat senang aku cari pasanganku 👥
Saat sedih aku cari ibu 
Saat sukses  aku ceritakan 💬 pada pasanganku 👥
Saat gagal aku ceritakan 💬 pada ibu 
Saat bahagia  aku peluk erat pasanganku. 👥
Saat sedih  aku peluk erat ibu.
Saat sambut valentine  selalu beri hadiah  pada
pasangan.
Saat sambut hari ibu 📅 aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu".
Selalu aku ingat pasanganku. 👥
Selalu ibu  yg ingat aku. 👤
Setiap saat aku akan call  pasanganku 👥
Kalau ingat aku akan call  ibu 
Selalu aku belikan hadiah  untuk pasanganku. 👥
Entah bile aku akan belikan hadiah  untuk ibu 
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar  dan berkerja 
bolehkah kau kirim wang  untuk ibu?
Ibu tidak minta banyak... lima puluh 💲 sebulan pun
cukuplah".
Berderai air mata  jika kita mendengarnya .
Tapi kalau ibu sudah tiada 
 ibu aku RINDU,aKU RIIINDDUU,
SANGAT RINDU.
Berapa banyak yang sanggup menyuapkan
ibunya makan 
berapa banyak yang sanggup melap muntah
ibunya 
berapa banyak yang sanggup mengganti lampin
ibunya 
berapa banyak yang sanggup..... membersihkan
najis  ibunya
berapa banyak yang sanggup....... membuang ulat 
dan membersihkan luka kudis ibunya
berapa banyak yang sanggup berhenti kerja 🚷 untuk
menjaga ibunya 
Dan akhir sekali berapa banyak yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi 💖 ibumu,

sayangilah ibumu selagi. masih ada 💖

Saya berjurai air mata mendengarnya....terdiam dan membisu...

Lepas tu, dia ajak tarik ikan semula...Di tajur yang terakhir, dia tarik tajur, nampak ikan ... tapi heran pasal ikan tak lekat pada mata kail tetapi dah naik ke atas pada tali, ikan tu taklah besarmana pun... dalam 1/2 kg je, tapi tajur berat. Ada sesuatu lagi dalam air. Sekali tarik lagi... dalam keadaan gelap nampak libasan yang menghairankan... ULARRRRR... saya jerit.... sekali bos saya cakap.... SABARRRRRR. tarik lagi... rupa-rupanya seekor keli gergasi telah terkene mata kail. teori kami adalah. Baung yang sederhana saiznya makan anak sepat, pastu keli nak makan baung...baung lari... tapi tak boleh lari... itu yang dia naik keatas... itulah namanya REZEKI Allah... satu tajur, satu mata kail tapi ada 2 ikan...

Selesai semua kerja, kami balik....penat....

Sunday, March 10, 2013

Lahat Datu,Semporna. Sabah

Marilah renungi coretan hari ini,
lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,
bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
bukan juga seorang yang pemimpin,artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
ya,bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.
begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini.
baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?
sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja.
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.
Ini kisah anggota PDRM dan ATM........
yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu,
cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.
bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda?
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.
kau suka? kalau suka mohon kerja polis.
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.
aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita.
kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.
wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita...
semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.

Friday, March 8, 2013

SUBSIDI, DIESEL, PETROL

Salam sejahtera wahai sahabat handai...
Kesibukan tugas hakiki mengakibatkan saya meninggalkan sebentar dunia cyber ini. Hari ini saya nak berceloteh pasal satu isu yang agak sensitif... SUBSIDI.

Saya gemar memancing. Kalau memancing di laut, diesel itu penting. Pasal apa diesel itu penting....pasal tak ada diesel, bot tak bergerakkkk... Kalau tak bergerak, tak dapat ikan.

Diesel adalah satu barang kawalan yang diberikan subsidi oleh kerajaan. Banyak subsidi yang disediakan....cukup banyak. Untuk apa diberikan subsidi? Tentulah untuk keselesaan rakyat jelata. Tapi macam mana subsidi ini diberikan, dari mana punca dana nak menampung subsidi? Tentulah daripada cukai-cukai yang dibayar oleh orang-orang yang berkemampuan termasuk juga syarikat-syarikat...  Atas kerana itu jugalah, kerajaan menggalakkan kemasukkan pelabur asing.... nampak macam dia orang bawak keluar duit dari dalam negara tetapi sebenarnya adalah sebaliknya. Apatah lagi bila aktiviti adalah eksport... Lagi satu... bila banyak pelabur asing... lagi selamat negara kita. Negara yang melabur akan berfikir berkali-kali untuk membuat onar pada negara kita... Yang selalu membuat onar ni hanya orang dalam je... tepuk dada, fikir sendiri...

Berbalik semula tentang subsidi diesel... Banyak tangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa. Daripada diesel nelayan mahupun diesel di stesyen-stesyen minyak yang banyak bertaburan di Malaysia ini... semua ini adalah diesel bersubsidi. Harga diesel nelayan sekarang adalah RM1.25.... betapa untungnya mereka.... tapi kenapa harga ikan mahal? Pihak berwajip telah banyak membuat plan tetapi hanya tinggal plan.... minyak nie semua depa pegi jual semula. Harga yang dijual adalah harga yang tiada subsidi atau dipanggil sebagai harga industri... Saya tak pasti berapa tetapi sekarang rasanya dalam RM 2.50 seliter.... sekali ganda harga yang mereka beli.... untung...untung... tak perlu susah-susah pergi tangkap ikan. Jual minyak diesel lagi untung.

Cuba bayangkan sebuah bot nelayan kelas C2... jenis bot tunda... kelas C2 ini adalah bot yang paling besar. Sekali beli anggaran sekitar RM 10,000 hingga RM 15,000. Bayangkan tak keluar ke laut tetapi jual semula.... Goyang kaki dapat RM 10 k hingga RM 15 k .... tapi itu untung kasar... berapa pulak yang kerajaan rugi.... sesungguhnya pada saya mereka adalah penyamun yang paling besar dalam Malaysia....

Itu cerita pasal nelayan.... walaupun tak semua tetapi ramai yang terlibat...itu maklumat yang telah saya terima...

Kesian pada kita semua.... terutama pada makcik dan pakcik di kampung kampung... ikan yang sepatutnya murah masih mahal....

Dasarnya, setiap apa yang kerajaan cuba bantu...mesti ada yang cuba seleweng untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dan ramai pula yang kaya semakin kaya dan yang miskin masih macam tu aje... bantuan yang perlu disampaikan, tidak sampai pada yang sepatutnya.

Apakah sistem perlu diperbaiki ataupun perlu sistem subsidi ini perlu di mansuhkan dan diganti dengan  sistem yang lain?

Thursday, February 28, 2013

Runtuh?

Salam sejahtera untuk semua....
Sang Kerapu terfikir....apakah negara kita yang aman ini terletak dalam lingkungan gunung berapi?... Sang Kerapu berasa hairan... tatapilah gambar dibawah ini....

Gambar itu merupakan salah satu jambatan yang telah runtuh di Putrajaya semalam. Dulu... bumbung stadium di Terengganu...

Harap pihak yang bertanggung jawap mengkaji semula struktur... kalaulah ada orang pada masa tu.... arwah dah rasanya...

Sunday, February 24, 2013

TRIP DI SUNGAI BESAR, SELANGOR

Salam semua... hari ini terasa badan selesa sedikit setelah hampir seminggu tak berapa sihat.... almaklumlah...dah lama tak bekerja keras dalam memancing nie. Tak ada warm up.... terus ke laut dalam...

Terima kasih saya ucapkan kepada kengkawan yang melawat blog nie, yang mengomen dan yang bertanya....  jadi... apa tunggu lagi.... nie nak bercelotehlah pasal trip nie...


Si baju kuning kat atas tu, saya panggil dia sebagai Joe. Seorang pengusaha bengkel kereta... siapa rasa nak kereta dia laju, boleh call Joe. Joe jugalah yang mempelawa dan mengajar saya memancing di laut dalam untuk trip nie.... ma kasih brother Joe! Depan Joe tu adalah master chef kami... Dia punya masak... manyak sedap oiii. Kami satu bot sentiasa menunggu masakan dia. Kalau dia tidur... kami kebulur. Sebelah kanan Joe, yang berdinding putih tu adalah tandas... kira nak melepas tu ada selesalah...




Tiga hari dua malam... makanan sedap sedap. goreng pisang pun ada... trip nie memang best... best tang makan... tang hasil buruan... agak kurang sikitlah. Bukan tak best tapi saya tak dapat apa yang dihajati.... kerapu.... 15kg tak dapat.!!!! Geram...geram....


Untuk sesiapa yang ingin tahu nama bot.... tu di gambar di atas.... LOBSTER... No telefon dia pun ada... tekong dia nama Ah Chai... Nak cerita sikit pasal Ah Chai... Dia nie kuat tidur... Bila bersauh je terus tidur, bersauh je terus tidur. TAPI.... saya betul respek kat dia... kalau 15 minit ke 30 minit lepas bersauh tak ada sesiapa naik ikan atau ikan yang naik kecik-kecik, dia akan pindah ke port lain... tu yang dapat bebesar tu. Bot nie pulak siap dengan tempat mandi di bahagian bawah, jamban di bahagian buritan. Jamban memang tertutup... kira selesalah nak melepas tanpa segan silu.... tapi jangan lepaskan angin kuat kuat, nanti orang kat dapur terdengar....



Di bot ini ada 14 rod holder. Maka dengan itu, semestilah ada maksimum 14 pemancing aje dalam satu satu masa tapi kalau masing-masing nak pasang 2 joran... maksimum ahli pemancing adalah 7 orang dan mestilah bayar lebih bro... oh lupa... nak maklumkan... trip ini, saya bayar sebanyak RM350. Ini termasuk umpan ikan kembung. Tapi kalau nak umpan lain... cari sendirilah... Cadangan saya carilah umpan sotong kurita... mesin saya banyak kali meraung, drag asyik keluar... itu yang pemancing lain menjeling tu... jangan marah kekawan.... (memancing nie nasiblah... ada rezeki adalah, kalau tak ada tu tak adalah).


Memang rezeki kami "UNTUNG" pasal malam pertama dan malam berikutnya, kami di pukul ribut. Malam pertama agak teruk sikitlah. Pukul 8 malam terpaksa tutup akaun. Kami mula mancing semula jam 2 pagi. Saya pada masa tu duduk pada haluan bot dekat dengan sauh. Di situ saya letaklan joran saya... pukul 6 pagi, joran saya diusik... loceng bunyi sikit je... waktu itu kedalaman air adalah 75 meter. Saya guna mesin manual... rasa malas nak tarik.... letih pasal tali yang keluar tu panjang... almaklumlah 75 meter. Batu ladung yang kami pakai pula... 1.5 kg beratnya... kalau pakai yang ringan... alamatnya dihanyutkan dek aruslah... pastu bebelit dengan orang... padan muka... jadi jangan buat macam tu... sambung balik cerita tadi... loceng bunyi lagi... sikit je... dah 2 kali loceng bunyi.... saya pun bingkas dan dan tarik pancing. Kayuh punya kayuh ... terasa berat tapi tak melawan sangat.... rupa-rupanya ada jenahak 1.5 kg lekat... saya punya happy. Itulah ikan pertama saya yang agak besar sikit dan yang ke tiga di dalam bot....kira saya dah ada lesenlah... taklah malu sangat.... hehehe.

Lepas daripada tu, saya letak kembung yang disisir, tak sampai 10 minit, joran melengkung, drag keluar meraung raung... saya melompat pada joran dan mula kayuh mesin. Joe bantu saya.... bila nak lepas tali, bila nak kayu pelahan dan bila nak kayuh laju. Alhamdullilah.... Aruan Tasik pula saya naik... sungguh gembira. Ikan no 4 yang besar naik.


Malam yang kedua pun kami dipukul ribut tapi tak seteruk  malam pertama. Jadi, kami semua ambil peluang untuk tidur. Tempat tidur ada disediakan... kira bolehlah untuk meluruskan pinggang. Jam 11 malam.. bila reda, kami semua melompat ke joran  untuk pasang umpan.  Jam 12.30 malam... joran saya berbunyi lagi... alhamdullilah... merah 2.25kg naik. Cukup seronok rasanya.... Lepas daripada itu, joran saya telah ditarik dengan amat kuat sebanyak 8 kali berturut turut.... ikan apa yang makan tu? saya tak tahu. Masa tu saya gunakan sotong kurita yang agak besar, jadi dia makan tak kena pada mata... betul betul saya frust... kalau tak.... Menjelang jam 5.30 pagi jelah tetiba tali joran saya ke tepi. saya pun tariklah. Rasa macam tak ada ikan tetapi bila dah hampir sampai kepermukaan, joran saya direntap kasar.... rupa-rupanya ikan pecah periuk 2.35kg tarik. Semua ahli trip nie heran pasa ikan ini biasanya berada di kawasan yang ada kumpulan sampah ataupun unjang... bukan main di dasar... tapi rezeki saya... alhamdullilah... itulah ikan terakhir yang besar yang telah saya naikkan.


Ini suasana memancing pada hampir waktu malam. kesan menggunakan batu ladung 1.5 kg... joran jadi bengkok macam di tarik ikan... Kebanyakkan kami menggunakan mesin elektrik. Saya, Joe dan seorang lagi rakan kami menggunakan manual.... Menunggu ikan makan merupakan satu ujian kesabaran.


Antara pemandangan yang dapat dilihat di tengah laut. Nak tengok daratan? Lupakan saja... Tak Nampak. Pada waktu ini, kami berada di perairan negeri Perak. Atas lagi dari Pulau Sembilan dan Pulau Jarak...


Gambar diatas pula merupakan antara ahli untuk trip ini. Walaupun saya baru dalam pancingan laut dalam, tetapi tidak disisihkan, mereka amat ringan mulut untuk mengajar dan ringan tulang untuk membantu jika tali tersangkut pada batu atau karang di dasar... Terima kasih semua. Untuk Pengetahuan semua... gambar-gambar diatas adalah diambil oleh Azreen dan Anas. Saya tak bawa kamera waktu itu....

Oklah... nanti saya akan cerita trip di Endau.... tunggu....

Sunday, February 17, 2013

ARUAN TASIK, MERAH, JENAHAK DAN PECAH PERIUK


Salam untuk semua....hari ini saya baru balik ke darat setelah berada di laut 3 hari 2 malam berada di Selat Melaka. Buat apa di Selat Melaka?.... eham eham...tentulah memancing. Biasanya saya naik bot nelayan tapi kali ini saya naik bot memancing. Lengkap dengan tandas dan tempat tidur. Saya tak sabar nak upload gambar... cerita pasal trip ni saya cerita kemudian.... sabar dan jangan marahhhh

Tuesday, February 12, 2013

Jalan Paka, Kertih terus ke Kemaman

Salam sejahtera untuk semua...

Untuk ini saya nak bercerita tentang keselamatan di Jalan Raya. Ia mestilah menjadi amalan hidup kita. Walaupun saya nie seorang yang kaki pecut. Tapi keselamatan itu penting. Untuk pengetahuan semua... sepanjang kereir saya sebagai pemandu... saya dah terima lebih 40 saman yang kebanyakannya speed trap. Pernah sekali 4 tahun lepas.... saya sampai buat loan untuk bayar saman. Padan muka saya. Yang paling malu pada waktu tu adalah semasa saya cek saman di Balai Polis di Ipoh. Anggota itu cakap dengan kuat... huuu sungguh malu... apa dia cakap? dia cakap...dengan kuat dan lantang (habis semua dengar)  " En ada 26 samannnnnn. Daripada 26 samannnn, encik ada 2 black list....!!!" Waktu tu ...... maluuuu

Yang saya nak paparkan disini adalah cara menjaga keselamatan ketika menunggang motorsikal.... mestilah berpakaian lengkap, berkasut dan bertopi keledar. Motorsikal pula adalah satu kenderaan yang menjimatkan. Bagaimana nak jimat lagi?.... cuba lihat.... gambar ini di antara jalan Paka ke Kertih semasa perjalanan ke Kemaman....


Udahlah P...buat macam nielak... hati hati bang oiii .... Pak Polisi ada sekitar.....

Monday, February 11, 2013

Kemaman

Semasa di Kelantan untuk memancing udang... (pada masa ini musim udang di Kelantan), saya berhadapan dengan jalan yang menyeronokkan kerana tak ada jem di jalan raya.  Walaupun masa tu dan nak cuti tahun baru cina.

Saya singgah di satu tempat tapi tak ingat saya namanya untuk subuh merangkap mandi pagi...tumpang je. Terperanjat saya...sungguh tak di sangka...sungguh teruja...setahu sayamemang banyak pum minyak ada surau tapi pum minyak nie istimewa... suraunya terasing...ada alat pembesar suara... ada orang azan dan mengaji bahkan orang keliling sekitar datang berjemaah....

Maka teringatlah saya... dah berapa lama saya tak berjemaah.... inilah peluang saya...


Itulah suraunya...kawasanya ada tandas yang tersing...bilik mandi... serta pondok untuk berehat....bolehlah jadi tempat untuk meluruskan pinggang..

Thursday, February 7, 2013

Kemaman

Kemaman... adalah salah satu lokasi di Terengganu. Op... terlupa nak beri Salam.... Salam sejahtera untuk semua. Beberapa hari yang agak sibuk hingga terpaksa melupakan seketika keyboard.... Sebenarnya nak sambung sikit pasal keenakkan memancing di Kemasik... (sambungan entry yang lepas).

Di Kemasik... sahabat saya bernama Azhar yang memperkenalkan lokasi tersebut. Berasal dari Kuantan... Dia jugalah yang memberi khidmat nasihat percuma, menjadi guru percuma tetapi yang kena bayar... kena bawa dia untuk memancing di lokasi yang dicadangkan,,, (no hal beb).

Selain dapat menarik ikan ebek dan gerong belang....op choop! silingan... cerita gerong belang dulu... Masa saya menggatal pergi sorang sorang ke situ... angin agak kuat. Nak berdiri tegak agak takut...takut melayang. Almaklumlah, masa tu badan saya nie kurus tapi sekarang dah gempal... jadi takut diterbangkan angin. Hujan rintik rintik. Saya mula mencari anak kunyit... dapat je saya terus cangkuk pada mata kail. masa tu jam 11 pagi waktu Kuantan. Dengan joran Penn 9 kaki, saya menghayun sekuat hati... tak tahulah berapa jauh saya baling. Tapi di laut lepas, saya rasa dekat je. Di masa tulah... semasa saya menunggu ikan menyambar kelihatan nun jauh disana sayu hidupan yang tak pernah saya lihat terbang ke udara daripada laut...


Rupa-rupanya seekor pari yang Azhar panggil pari lang. Saya pun kenal dia sebagai Pari lang... sungguh besar dan cantik pemandangan tersebut. Anggaran saya terdapat 3 atau 4 ekor pada masa itu.

Sedang menikmati pari lang... tetiba joran saya menyembah bumi. Tali mula keluar tak henti-henti...saya melompat dan menyambar joran saya...angkat dan mula beraksi...Itulah kali pertama joran saya ditarik sebegitu rupa. Dari pengalaman yang ada semasa menarik ebek bersama azhar dan nasihat-nasihat saya, saya beraksi seorang diri .... biasanya saya hanya beraksi paling lama pun 10 minit je dengan joran tersebut, tapi kali nie... mak oiii .. dan lebih setengah jam. Mesin mula panas... nasib baik hujan rintik rintik, dapat sejukkan sikit mesin.

Bila dah sampai tepi, saya bebetul gembira sebab saya pasti, ikan yang saya akan naik mesti lebih 5 kg.... tapi....saya tak terfikir sebelum tu, kalau saya datang 2 orang, salah seorang akan kait ikan naik menggunakan hook. Tapi sekarang hanya saya seorang. Siapa nak kait ikan naik? Kawasan tepi berbatulak tu... Mesti putus kalau tali ke tepi... saya cuba layan lagi ikan tersebut. Memain biar dia ketengah semula kemudian biar dia lemah.

Dah ketengah... tetiba dia henjut ke tepi... saya risau. telaah saya betul gak. Ikan ketepi...tali kena batu...kemudian dia henjut balik ketengah.... saya putih mata... uhaaaaaa. Penat yang dapat. Terus rehat... hisap rokok dulu.

Sekali lagi, saya cari anak kunyit dan saya baling joran lagi. Sekali lagi benda yang sama berlaku... sekali lagi saya putih mata... tapi kali ini seorang memandang dari jauh dan datang ingin membantu tapi tak sempat juga... katanya itu adalah GERONG BELANG besar!.... ramai yang tewas di situ!... saya beborak kejap dengan dia dan terus balik.

Itulah kali pertama saya balik rumah dari situ dengan tangan kosong.... nak singgah pasar beli ikan (buat dummy) malas... balik terus....

Monday, February 4, 2013

Perjalananku hari ini

Kelantan Darul Naim....

Mana Khairul Fahmi....? Saya sebenarnya dalam perjalanan ke Rantau Panjang atas tugasan yang telah diamanahkan oleh majikan... terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Dalam perjalanan...saya melalui Kemasik di Kemaman... Dulu sekitar tahun 2000, saya kerap ke sini untuk memancing di pemecah ombak... Sungguh best kat sini. Ikan yang naik ikut masa. Pagi ikan jenis lain... biasanya ikan susu. sekitar jam 11 pagi sampai jam 3 ptg pula ikan airback...(betul ke ejaan ni)... pastu gerung belang. Saya guna joran 9 kaki dan 13 kaki... sungguh best.
Member yang tunjukkan tempat pernah pesan...jangan datang sesorang...dia tak beritahu kenapa. Satu hari ... saje datang sorang...memang best tapi sungguh malang pasalnya tak dapat sekor pun ikan dinaikkan walaupun joran melengkung ke tanah berkali kali...  naak tau pasal apa? Pasal tak ada sesiapa tolong kaitkan ikan naik ke atas .... besar sangat... padan muka...
Hakikatnya... inilah tempat kali pertama saya memancing di laut... cubalah berkunjung di tempat ini....


Gambar ni masa mancing udang di Kahang...silingan je....

Sunday, February 3, 2013

Apa ada di Melaka

Pantai Klebang, Melaka...

Pengalaman mancing di Tasik Permaisuri dah ada... bila rasanya boleh mancing kat laut ye? Benda nie saya fikir masa singgah di Melaka..tepi laut... di waktu senja...



Masa tu nampaklah kapal belayar... dalam fikiran...kalaulah dapat duduk kat kapal tu, pastu mancing atas kapal...mesti dapat ikan besar.... TAPI... dah cukup ke ilmu?  hua hua hua hua... tinggi betul angan angan masa tu...

Saturday, February 2, 2013

Teringat di masa lalu

Salam sejahtera untuk semua....

Semalam saya duduk duduk, lepak lepak sambil menung menung.... maka teringatlah kisah lalu... Masa tu, saya di Kuala Lumpur... agak bosan sikit pasal tak reti nak cari hiburan kat KL nie...Tempat hiburan tu ada tapi tak berahi nak masuk. So... saya pandanglah bulan...



Gambar bulan kat atas ni, saya ambil masa baru baru nie jugaklah.... bulan yang saya tengok tu .. dah lama... dah hampir 23 tahun lepas dah... kita sambung cerita... bila pandang bulan, teringat masa kecik... masa arwah nenek ada... pegi mancing limbat, haruan, puyu dan apa aje yang dapat kat keliling rumah je. Masa tu pakai buluh sebagai joran. Ikan makan, kita tarik je... rasa semua orang tau cara nie.... Tapi sekarang (masa tulah) saya kat KL... kat mana nak mancing... tak kan nak mancing pakai buluh pulak... iskk malulah.

Saya carilah kedai mancing kat Pudu rasanya...dah lupalak... belilah satu set yang paling murah tapi kata tokei tu boleh naik ikan 10 kg... saya bendul masa tu, beli ajelah. Panjangnya 6 kali. Dengan joran tu, saya silang kat belakang (macam bawak pedang samurai), naik motor, singgahlah kat satu lombong, dekat dengan Tasik Permaisuri. Nampak ada ramai orang mancing... apa lagi... duduk kat sebelah diaorang, terus borak. Lantaklah diaorang nak cakap apa... yang penting, saya reti guna joran yang baru nie. Pasang macam mana, umpan apa, kalau ikan tarik nak buat macam mana... semua saya tanya.

Dah reti guna, saya mancinglah....guna anak udang yang cikgu saya kasi (yang ajar mancing masa tu), dia sauk kat situ je. Lama senyap je... angkat udang habis. Letak lagi... sama gak... udang habis. Cikgu saya dah naik beberapa talapia. Dia senyum je dengan saya. Saya pun senyum jelah. Dah 1 jam mancing, tetiba joran saya melengkung... cikgu saya pandang saya terkejut (pasal dia punya tak melengkung). Saya tarik tarik sekali naik ikan yang tak pernah saya jumpa selama itu... geli masa tu. Cikgu saya ketawa tengok ikan yang saya naik.... ikannya besar... ikan DBKL (ikan bandaraya). Saya potong je tali. Ikan...lantaklah kat situ.

Baling lagi umpan ....... kena lagi! Cikgu cakap bandaraya lagilah tu... saya... lantaklah... dia punya joran tak melengkung.. saya punya joran melengkung... belagak sikitlah saya. Sekali naik ikan... tak pernah jugak saya tengok. Ada sekilo setengah beranya. Saya geli tengok ikan tu. Cikgu saya senyap pulak kali ini. Dia tak ketawa tapi dia tengok je gelagat saya dan dengar je apa yang saya ngomel. Tetiba ada orang lain datang kat saya ... dia cakap... "uuuu manyak busat!" .. lepas tu dia beredar. Ikan saya letak kat tepi. Tak lama kemudian saya balik.

Sampai kat motor, saya pandang kat tempat saya mancing, saya tengok, cikgu saya cecepat ambil ikan yang kedua saya dapat, masuk dalam plastik dan beredar. Cina yang tegur saya pasat dapat ikan besar tadi lalu kat saya. dia tanya mana ikan pasal dia tak nampak saya bawak ikan. saya kata saya tinggalkan je... saya geli. Sekali dia cakap..." lu aaa... manyak buduh!" saya jadi marah. saya tanya balik... apasal dia cakap macam tu.... dia cakap... ikan tu ikan "aruan antu" (dengar nama pun geli), ikan tu sangat sedap dan sangat mahal. Sekila sampai RM80 hingga RM100... katanya.... Dalam hati saya patutlah mamat yang saya panggil cikgu tu ambil ikan yang saya tinggalkan dan terus blah....

Orang baru belajar......








Friday, February 1, 2013

Memancing



Memancing.... banyak jenis memancing. Ada memancing undi...(pilihanraya dah dekat), ada memancing mak mertua (kalau tak, tak dapat anaknya untuk jadi bini), ada memancing bos (tak pancing tak naik pangkat....tapi janganlah membodek nanti kenkawan benci kita) dan yang biasa adalah memancing ikan.


Salam sejahtera untuk semua. Untuk ini, saya hanya nak berceloteh berkenaan memancing ikan (memancing makwe tak boleh nanti bini jeling....bila bini jeling.... melepas nikmat berkahwin...putih mata oiii!!!). Saya bukanlah seorang yang master on fishing tetapi seorang yang kaki pancing jugalah. Banyaklah juga lokasi yang saya dah pergi tak kiralah sungai ke, hutan ke, laut ke, lombong ke... semua dah saya masuk. kiranya dah puaslah anak bini merasa rezeki yang Allah dah sediakan. Syukur.

Untuk starting nie, saya sampai kat sini dulu. Nanti banyak cerita yang akan saya ketengahkan untuk tatapan.  Cerita apa? Tungguuuuu... ada cerita ikan besar...ada cerita hantu besar... ada cerita orang cakap besar dan ada juga cerita ombak besar ( nasib baik saya hidup lagi... Alhamdullilah). Ok... chow.