Monday, April 8, 2013

Operasi di Selatan Johor

Salam sejahtera...

Kesibukan dalam menjalankan tugas seharian menyebabkan saya terpaksa meninggalkan rakan-rakan dan para pembaca sekalian.... soli...belli belli soli...

Kali ini saya ingin mengetengahkan pengalaman saya baru baru ini... dimana ye?  Di Tanjung Belungkor dan di Sungai Johor (dah dekat dengan kuala dah). Kawasan ini sungguh mengancam. Apa tidaknya... airnya dalam walaupun ianya adalah selat dan kuala sungai je... ikan merah dan jenahak ada... jangan tak percaya! Tak sangka juga terdapatnya terumbu karang dilokasi ini... sungguhku tak percaya.

Namun begitu, akibat kerakusan manusia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan samada halal ataupun haram telah memberikan kesan kepada hidupan laut... kesian.. ikan tak sempat membesar kerana mati dek pencemaran... minyak hitam... minyak diesel... minyak urut je tak de.... Sangkar-sangkar ikan kepunyaan KEJORA pun boleh piap ikannya dek pencemaran.... Apo nak dikato. Bilo Nasik dah jadik bubur... semuo melopeh.

Nelayan-nelayan di kawasan ini telah menrungut kerana kekurangan tangkapan... kesian mereka. Kawasan ini didiami oleh nelayan-nelayan kecil sahaja.. Dahlah bot yang digunakan kecil...minyak mahal... orang sekeliling lak rakus sangat... maka terjadilah yang miskin bertambah miskin... Saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian... jagalah alam sekitar kita. Dunia ini pinjaman tuhan dan perlulah kita menjaganya...

Namun saya sebagai pemancing "separuh tegar".. hehehe... pantang berundur sebelum "menang" berjaya juga menaikkan beberapa spesis yang memuaskan. Saya telah berpeluang untuk menginap sambil memancing di dua buah rumah rakit. Satu adalah RUMAH RAKIT AZMI di Sungai Lebam dan satu lagi adalah RUMAH RAKIT SIMON di Tanjung Belungkor... best wooo. Bawalah keluarga anda disini. Bilik ada. Tandas ada... Dapur ada... TV pun ada...

Di kawasan ini juga saya berpeluang untuk melihat sangkar didikan ikan jenahak dan kerapu. Sungguh indah rupanya semasa diberi makan. Disini saya memaparkan beberapa foto yang telah di ambil semasa dilokasi...

                                         anak ikan jenahak...


                                                   naik jugak ikan merah



                                                   siakap  dan merah.... puas hati...


                                         ibu gelama yang sesat makan malam... last sekali masuk kuali.


                                         sekor lagi sesat makan malam... pak jenahak


                                                   dia nie memang tangan kerapu... mana dia pegi mesti dapat.


                                                   kerapu kedua nie pun dia jugak yang dapat...


                                                   Kerapu ketiga ni.... dia lagi...

Hakikat yang saya terpaksa terima... sekor kerapu pun saya tak dapat... lain dapatlah...

Kunjunglah di dua rumah rakit ini dan anda akan merasai tarikan ganazzz ikan ikan yang ada... cuma satu saya pesan... JANGAN PANCING IKAN DALAM SANGKAR... MARAH ORANG! hehehe.

16 comments:

  1. kerapu tu...besarnya..kalau kat pasar...mau berpuluh ringgit sebesar tu..

    ReplyDelete
  2. Wah, jenahak ada. Kerapu tu boleh tahan besar. Guna umpan apa yer? Pakai mata kail apa? Pancing atas, atau main dasar?

    Opss, saya pun banyak tanya. Kami pula baru saja balik dari Kong Kong. Memburu pipi tebal. Alhamdulillah, dapat juga se ekor. Tapi yang banyaknya, ikan duri lah... Dapat gemang sekor.

    ReplyDelete
  3. wah..banyaknya kerapu...macam tau2 jer sang kerapu yang datang memancing..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Memang ada luck rakan anda tu yerrr....

    ReplyDelete
  5. mcm seronok je. hehe.. tringin nak pergi mancing

    ReplyDelete
  6. Ada no cantacx x rakit azmi.. Ingt nk test juga..abang mcing n masa berapa haribulan..air gerak pasang ke surut ikan banyak dapat.

    ReplyDelete